APDM

APDM ok? Isi dan login APDM anda di laman web official ini sekarang tanpa sebarang masalah dan gangguan server.

Baca tajuk mesti korang tertanya-tanya apa tu APDM? Mengarut apa pulak Admin ni. Tetiba jer letak tajuk apdm tu. Haipp.. Jangan cakap admin mengarut tau. Tu adalah singkatan kepada Aplikasi Pangkalan Data Murid sebenarnya. Ada faham? Tak faham lagi erk?



Oklah mari Admin terangkan APDM tu secara lebih specifik. APDM merupakan singkatan bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid. APDM digunakan bagi key-in maklumat murid seperti kedatangan ataupun kehadiran.

Kehadiran murid akan diisi secara online melalui APDM. Mulai 1 januari 2015, APDM dikenali sebagai modul Pengurusan Murid (PM).

Dengan adanya APDM ini secara tidak langsung memudahkan kerja guru. Guru tidak perlu lagi mengisi buku log setiap hari secara manual. Cuma log in ke link yang di berikan dibawah ini. Semua maklumat pelajar telah tersedia. Guru cuma perlu key- in bilangan pelajar yang hadir dan tidak hadir sahaja setiap hari.


Berikut adalah pautan untuk anda masuk ke dalam APDM.

link: https://apdm.moe.gov.my/

Cara login APDM:
1. Masuk ke pautan : https://apdm.moe.gov.my/
2. Masukkan ID dan kata laluan anda.
3. Klik masuk.
4. Sekiranya anda terlupa kata laluan, para guru dikehendaki untuk menghubungi admin sekolah untuk reset kata laluan.
5. Isi maklumat kehadiran murid.

Ala.. senang jer nak login ke APDM ni. Semudah korang login facebook tu jer. Betul tak? Dah boleh login tu segala arahan telah tersedia. Ikut sahaja arahan yang diberikan. Andai katalah ada yang tak faham boleh sahaja menghubungi admin untuk bertanya. Kata orang malu bertanya sesat jalan. Tak gitu cikgu-cikgu semua?hehe

Satu lagi masalahnya bila dok main login logout ni mesti ada yang terlupa kata laluan. Betul tak? Admin selalu macam tu. Jenuh fikir baru ingat. Itu pun kalau ingat, kalau lupa terus terpaksalah reset password. Para guru tak perlu risau kerana anda hanya perlu menghubungi admin sekolah seperti link yang Admin berikan dia atas. Settle problem orang putih kata.

Ini adalah contoh paparan setelah korang klik kat pautan APDM. Sebelum login banyak guide disediakan. Tak perlu risau atau bimbang jika bermasalah untuk login ke APDM. Teknologi dihujung jari semuanya boleh di selesaikan dalam jangka masa yang singkat dan menjimatkan masa.

Bila dah logim tetiba paparan senarai nama pelajar tiada, jangam bimbang bantuan telah disediakan sebelum login lagi. Sistem ini tidak membebankan anda malah memudahkan kerja anda, menjimatkan masa dan meringankan kerja untuk menulis nama pelajar setiap minggu.

Untuk makluman anda maklumat untuk murid- murid pra sekolah tidak disediakan di APDM ini. Untuk murid- murid pra sekolah guru-guru perlu mendaftarnya di link yang lain. Harap maklum.

Bagi mengisi maklumat murid yang berkeperluan khas, terdapat sedikit perbezaan berbanding mengisi maklumat murid yang biasa. Anda boleh lihat di sini panduan bagi mengisi maklumat murid yang berkeperluan khas (OKU) .

Dengan adanya aplikasi seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan kerja guru untuk menyemak senarai kehadiran murid-muridnya. Admin ingat lagi sewaktu menjadi guru ganti, masuk jer hari ahad semua guru sibuk mengisi nama di buku kehadiran sekolah. Memang mengambil masa jugak la untuk menyiapkan untuk 5 hari persekolahan. Semoga anda dapat mengisi maklumat murid dengan mudah.
Please Proceed
APDM
Sebarkan ilmu walaupun sepotong ayat....
Like Kami
Like Kami Di Facebook Untuk Mendapatkan Info Bermanfaat

0 comment... add one now